Print

 

 

Penyampaian Sumbangan Raya 

        Pada 16 Mei 2021,  penyampaian sumbangan raya telah disampaikan kepada penjaga murid yang layak. Terima kasih diucapkan kepada para guru-guru dan akp di atas sumbangan yang diberikan. Semoga mereka dimurahkan rezeki dan diberkati oleh Allah S.W.T
                                                                             

 

Penutupan Minggu Anti Dadah 

        Penutupan Minggu Anti Dadah telah diadakan di Dewan Tun Sri Lanang pada 21 April 2022. Semoga aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu tersebut dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid-murid. 

 

Pelancaran Minggu Anti Dadah 

        Pada 21 April 2022 Pelancaran Minggu Anti Dadah & Rokok telah diadakan di Dewan Tun Sri Lanang. Semua murid telah berikrar untuk anti terhadap dadah dan rokok. Pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang minggu tersebut bagi meningkatkan kesedaran tentang dadah dan rokok dikalangan murid-murid.                                                                                                                   

 

Program Jom Ke Sekolah 

        Pada 23 Mac 2022 Program Jom Ke Sekolah telah dilancarkan sebagai usaha ke arah meningkatkan kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum serta pembinaan sahsiah murid yang mantap. Program ni bertujuan untuk mewujudkan hubungan baik di antara pihak sekolah, komuniti dan PPS. Selain itu ia juga bertujuan untuk membugarkan kembali penggunaan peti aduan murid. 

 

Majlis Pendaftaran Dan Suaikenal Murid Tahun 1  Prasekolah 

        Pada 16 Mac 2022 bertempat di Dewan Tun Sri Lanang, Majlis Pendaftaran Dan Suaikenal Murid Tahun 1 & Prasekolah telah diadakan untuk memberikan taklimat kepada ibubapa, sesi pengenalan guru-guru, bacaan ikrar, perlantikan jawatankuasa permuafakatan dan jualan buku. 

 

 Jamuan Akhir Tahun & Sambutan Hari Lahir Murid-Murid Prasekolah 

    Jamuan Akhir tahun dan sambutan hari lahir murid-murid prasekolah 2021 telah diadakan pada 2 Disember 2021 bertempat di Prasekolah Al Amanah. Ibubapa/penjaga murid, barisan pentadbir, guru dan staf SKB turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.  

 

Kem Bestari Solat 

        Pada 10 September 2021,  Program Kem Bestari Solat telah diadakan untuk semua murid SKB. Semoga anak-anak syurga SKB dapat menunaikan kewajipan solat dengan cara yang betul dan solat di awal waktu.
                                                                             



Program Gotong Royong

        Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada ibubapa, guru dan staf yang hadir bagi menjayakan program gotong-royong yang telah diadakan pada 21 Februari 2021.



Majlis Watikah Perlantikan Pengawas, Ketua & Penolong Kelas 2021 

       Majlis watikah perlantikan dan bacaan ikrar untuk ketua kelas, penolong ketua kelas, pengawas dan pengawas perpustakaan telah berlangsung pada 9 Februari 2020. Semoga murid-murid yang telah terpilih dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan baik serta cemerlang dari segi kurikulum dan kokurikulum. 


 

Sambutan Hari Kanak-Kanak 

        Sambutan Hari Kanak-Kanak telah diadakan pada 23 Oktober 2020 di SKB. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pertandingan menyanyi, mewarna dan memotong kek. Tujuan program ini adalah untuk menghargai dan meraikan murid-murid disamping memupuk semangat kerjasama dan setiakawan.
                                                                                             

 

Program Sembelihan 

      Program sembelihan telah dianjurkan pada 22 Oktober 2020 bagi membolehkan murid-murid tahun 6 belajar cara-cara untuk melakukan penyembelihan binatang yang boleh dimakan seperti ayam dengan mengikut hukum sembelihan yang telah agama islam tetapkan. Selepas proses penyembelihan mereka bergotong-royong untuk memotong, membersih dan memasak hasil sembelihan mereka untuk dijamu bersama-sama. Tahniah kepada guru-guru staf sokongan yang telibat. 



Latihan Kebakaran  

      Pada 1 Oktober 2020, semua guru, staff dan murid telibat dalam latihan kebakaran yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Latihan ini telah dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang kecederaan atau kemalangan berlaku. Semoga latihan kebakaran ini dapat menjadikan semua warga SKB lebih bersedia dan tidak panik sekiranya terjadinya kebakaran yang sebenar ketika berada di sekolah. 


 

Majlis Sambutan Hari Lahir Murid-Murid Prasekolah

        Majlis Sambutan Hari Lahir Murid-Murid Prasekolah 2020 telah diadakan pada 2 Julai 2019 di prasekolah SKB. Ibubapa/penjaga murid, barisan pentadbir, semua guru dan staf SKB turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.   

 
 

Kursus Kepimpinan Pengawas, Ketua & Penolong Kelas 2019 

    Kursus kepimpinan untuk semua pengawas, ketua dan penolong kelas tahun 2019 telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Januari 2019 bertempat di SureLike. Pelbagai aktivti dijalankan bagi membentuk sahsiah dan jati diri mereka supaya mereka bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh berdedikasi. 

 

 

 [1/3] >> Muka 2 3

 

 

Thursday the 2nd. . Joomla 3.0 templates. All rights reserved.