Print

 

 

 Sejarah Sekolah

 

Pada tanggal 15 Jun 1987, sekolah baru ini siap dibina iaitu 2 bulan lebih awal daripada rancangan sebenar. Ini kerana tuntutan dan gesaan daripada para peneroka yang begitu prihatin tentang pembelajaran anak – anak mereka. Para peneroka begitu menyedari betapa pentingnya pendidikan dalam kehidupan seharian mereka.

 

Sebatang anak sungai yang mengalir di kawasan ini, dengan aliran amnya yang jernih telah memberikan satu inspirasi serta ilham kepada penduduk di kawasan ini. Anak sungai ini bernama Belitong.Dari sinilah lahirnya nama Belitong. Ada juga cerita jenaka yang mengatakan penghijrahan penduduk awal di kawasan ini dengan tidak mempunyai kemudahan asas terutamanya bekalan air. Mereka terpaksa membeli tong untuk menyimpan air bagi kegunaan harian. Setiap kali ditanya ke mana, pastinya mereka menjawab ”beli tong”. Maka dari perkataan inilah Belitong mendapat nama.

 

SK LKTP Belitong terletak kira – kira 25km dari Bandar Kluang dan ia melalui arah jalan Kluang – Kota Tinggi. SK LKTP Belitong terletak di tengah – tengah tanah Rancangan Beliltong dan Bukit Tongkat. Ladang – ladang lain yang berdekatan ialah Ladang Sindora, Ladang LUTH dan Ladang Lawiang.

 

Pada awal pembukaan, sekolah ini hanya mempunyai seramai 173 orang murid, yang ditempatkan di dalam 7 buah bilik darjah. Mereka dididik oleh seramai 7 orang guru dan 1 orang pegawai sokongan, sementara kerja – kerja lain dibantu oleh para peneroka. Pada waktu ini, sekolah ini hanya mempunyai 2 blok bangunan dua tingkat dan sebuah kantin.

 

Sejak sekolah ini dibuka, sekolah ini mengalami pembangunan pesat dan bilangan muridnya juga terus bertambah. Untuk menampung kebanjiran murid – murid, bangunan tambahan telah dibina pada 26 Mac 1994. Pada tahun berikutnya iaitu pada 3 Ogos 1995 sebuah lagi bangunan dibina.
 

Kini SK LKTP Belitong mempunyai dua bangunan 2 tingkat, dua bangunan 3 tingkat dan sebuah kantin. Beberapa buah bilik khas telah diwujudkan agar suasana pembelajaran lebih menyeronokan. Antaranya ialah  Perpustakaan, Bilik Asses, Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik Muzik, Bilik Komputer dan  Bilik Seni Visual.

 

Selain itu terdapat juga bilik Guru Besar, Bilik Guru Penolong Kanan, Pejabat, Billik Guru, Bilik Peperiksaan, Bilik BOSS, Bilik Seminar, Bilik Rawatan dan Bilik Sukan / PJK 

 

Selain dari kelas perdana, sekolah ini juga mempunyai 2 kelas Pra Sekolah, 1 kelas Pra Pendidikan Khas, 2 kelas Pendidikan khas dan 1 Kelas Pemulihan. Sekarang ini, sekolah  ini mempunyai  seramai 316 orang murid, 33 orang guru, 6 orang staf.

 

Semoga sekolah ini akan terus maju dan mencapai wawasan yang diimpikan dan dapat memberikan manfaat kepada masyarakat sekitarnya, dengan mengikuti kesesuaian zaman dan sentiasa mendapat keredhaan Allah S.W.T. Amin…. 

 

Wednesday the 24th. . Joomla 3.0 templates. All rights reserved.