Print
Last Updated on Wednesday, 27 May 2020 Published Date Written by Azlia

 

 

 

Sesi Persekolahan Tahun 2019 

        Sesi persekolahan bagi tahun 2019 telah berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan. Semoga guru-guru terus bersemangat mendidik dan mencurahkan ilmu kepada anak-anak murid SKB ini.  


 

 Program Gotong Royong 

      Pada 28 Disember 2018, semua guru, ibubapa dan murid telibat dalam aktivti gotong-royong untuk membersihkan kawasan-kawasan sekolah. Aktiviti yang dijalankan ini dapat memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain disamping menjaga kebersihan sekolah dan menghindar dari pembiakan nyamuk aedes. 


  

Program Pengurusan Jenazah 

      Program Pengurusan Jenazah telah dianjurkan pada 24 Oktober 2018 bagi membolehkan murid-murid tahun 6 belajar cara-cara untuk menguruskan jenazah seperti memandikan, mengkafankan dan mengebumikan jenazah.  

                                                                          

       
 


Program Rehlah Tahun 6
 

         Program Rehlah telah diadakan pada 18 September 2018 bagi mengurangkan tekanan dalam diri calon-calon UPSR 2018. Semua calon UPSR melakukan aktivti memancing ikan dan juga makan KFC. Semoga mereka memperolehi 6A dalam peperiksaan UPSR tahun ini. 


 

Program Tautan Kasih & Restu Ilmu 

      Program Tautan Kasih & Restu Ilmu telah diadakan pada 6 September 2018 di Dewan Tun Sri Lanang supaya semua calon UPSR 2018 dapat memohon restu dan keredhaan guru-guru, saling bermaaf-maafan dengan guru-guru dan sahabat handai agar dipermudahkan segala urusan mereka apabila menjelang hari peperiksaan UPSR yang bakal tiba tidak lama lagi. 

 

  

 

 [2/3]>> Muka 1 3

 

Sunday the 5th. . Joomla 3.0 templates. All rights reserved.