Articles

Print

 

Sambutan Hari Guru 

       Sambutan Hari Guru telah berlangsung pada 16 Mei 2022 dengan tema Hari Guru "Guru Tunjang Sekolah Sejahtera". Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti aktiviti sukaneka, penyampaian anugerah guru dan staf, pertandingan pakaian beragam, acara memotong kek dan jamuan telah diadakan bagi memeriahkan lagi majlis disamping mengeratkan hubungan silaturahim antara guru, staf dan murid SK LKTP Belitong.    

 

 

Bantuan Awal Persekolah  

         Bantuan Awal Persekolah telah diadakan pada 14 Februari 2022 sebanyak RM150 kepada keluarga berpendapatan RM3000 ke bawah. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban ibubapa.  

Majlis Perpisahan Guru & PPM  

         Majlis Sedetik Bersama, Seribu Kenangan, Memori Terindah telah diadakan pada 8 Disember 2021 di Orkid Kitchen. Semoga Ustaz Amirul & Pn. Hamizon terus cemerlang di sekolah baru. Jasamu tetap kami kenang selamanya.  

 
 

Program Jom Wakaf Buku  

         Program Jom Wakaf Buku telah diadakan pada 21 Oktober 2021 di pintu masuk SKB. Terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini. Semoga ianya mendatangkan manfaat kepada anak-anak murid SKB  


 

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-35

         Pada 30 September 2021, Mesyuarat PIBG kali ke-34 telah berlangsung pada pukul 2.00 petang di atas talian.Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membubar dan melantik ajk PIBG sesi 2020/2021. Mesyuarat PIBG ini dapat mengeratkan silaturrahim di antara ibubapa dan guru selain bertukar-tukar pandangan dan pendapat serta mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah berkaitan sekolah. Kehadiran ibubapa amat memberansangkan dan sesi cabutan bertuah juga diadakan bagi menghargai mereka yang telah hadir.  

     

Majlis Persaraan Guru Besar, Pn. Devi Binti Masran 

         Pada 23-24 Februari 2020 bertempat di Dewan Tun Sri Lanang dan Riyuli Four Season Hotel, Majlis Persaraan Pn. Devi Binti Masran telah diadakan bersama MGB Kluang serta warga SKB. Semoga ikatan ukhwah terus terjalin meskipun beliau telah bersara.  

 

 

 [1/4]>> Muka  3 4

 

 

Tuesday the 30th. . Joomla 3.0 templates. All rights reserved.