Print

 

 

 

Pelancaran Minggu Sains

          Pelancaran Minggu Sains telah diadakan pada 15 April 2018 bertempat di Dewan Tun Sri Lanang. Demo berkaitan dengan sains juga diadakan bagi menarik dan memupuk minat mereka untuk menerokai alam sains. 
                                                                    



KEM Motivasi & Teknik Menjawab UPSR 2018

       Program Motivasi Jati Diri & Bengkel Pemantapan Kecemerlangan UPSR telah diadakan pada 5-6 April 2018 bertempat Tanjung Piai. Program ini khusus dianjurkan untuk murid-murid tahun 6 yang terpilih untuk memantapkan lagi jati diri mereka supaya memperolehi kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR 2017.



 Pelancaran Minggu Bahasa

       Pelancaran Minggu Bahasa telah dirasmikan oleh Guru Besar, Tn. Haji Hanuar Bin Misron pada 8 Mac 2018 di Dewan Tun Sri Lanang. Pelbagai aktiviti yang menarik akan dilaksanakan sepanjang minggu bahasa. Semoga aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dapat memberi peluang kepada semua murid merasai keseronokan menimba ilmu sekaligus memberi peluang kepada guru dan murid untuk memperkasakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (MBMMBI) 

 

 Dialog Prestasi 

       Dialog prestasi Tahun telah diadakan pada 17 Januari 2018 bertempat di Dewan Tun Sri Lanang. Barisan pentadbir, guru-guru, ibubapa dan calon-calon UPSR melafazkan ikrar demi memastikan komitmen yang sepenuhnya diberikan oleh semua pihak dalam memastikan kecemerlangan calon-calon UPSR pada tahun 2018.



Program Tinta Restu 

      Program Tinta Restu telah diadakan pada 9 Ogos 2017 di Bilik Mesyuarat Pendita Zaaba supaya calon-calon UPSR 2016 dapat memohon restu dan keredhaan kepada ibubapa dan guru-guru agar mereka mendapat kerberkatan dengan ilmu yang telah dipelajari dan semoga mereka memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang bakal menjelang nanti.

 

Program Smart Study Pecutan Akhir UPSR

       Program Smart Study Pecutan Akhir UPSR telah diadakan pada 31 Julai 2017. Program ini khusus dianjurkan untuk murid-murid tahun 6 yang terpilih untuk memantapkan lagi jati diri mereka supaya memperolehi kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR 2017.

  

  

   [2/3] >> Muka  1 3 

Wednesday the 8th. . Joomla 3.0 templates. All rights reserved.