Articles

Print

 

 

 Program Kunjungan & Pertukaran Budaya SDIT, Darul Falah Batam, Indonesia - SK LKTP Belitong  

         Program Kunjungan & Pertukaran Budaya SDIT, Darul Falah Batam, Indonesia - SK LKTP Belitong telah diadakan pada 19-23 Oktober 2019. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Semoga ikatan ukhwah antara dua negara terus terjalin.  


 

Hari Keluarga 2019  

      Hari Keluarga SKB telah diadakan di Penyabong Warisan Resort, Mersing pada 19 - 20 April 2019. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti sukaneka, cabutan nombor bertuah, karaoke sentap, penyampaian cenderahati, pertandingan pakaian beragam, sambutan hari jadi dan makan malam. Program ini dianjurkan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga SKB.  

 

Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih Cik Azizah Binti Othman 

     Kelab Keluarga SKB telah menganjurkan majlis perpisahan untuk Cik Azizah Binti Othman bersama-sama murid-murid, guru-guru dan anggota kumpulan sokongan di Dewan Tun Sri Lanang pada 12 Mac 2019. Semoga ikatan ukhwah yang sekian lama terjalin antara warga SKB terus utuh walaupun beliau telah menjadi GB di SK Seri Manggis. Jasamu akan terus dikenang selamanya.    


 

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih Pn. Siti Maznah Binti Ahmad 

     Pada 15 Februari 2019, Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih telah diadakan untuk Pn. Siti Maznah Binti Ahmad kerana telah dinaikkan pangkat menjadi GPK Petang di SK Bandar T6.  Jasamu akan dikenang selamanya atas segala budi dan bakti yang dicurahkan selama 19 tahun beliau berkhidmat di sekolah ini. 


 

Makan Malam Lambaian Budi Tautan Kasih 

         Pada 5 Oktober 2018 Kelab Keluarga SKB telah mengadakan Makan Malam Lambaian Budi Tautan Kasih bertempat di Rumah Citra Sri Pinang, Benut. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ajk kelab keluarga bagi sesi 2017/2018 dan juga warga SKB atas kerjasama yang diberikan bagi memastikan semua program yang telah berlangsung sepanjang tahun berjalan dengan lancar.  



Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih GB Tn. Hj. Hanuar  

        Majlis hari lahir guru besar, Tn. Hj. Hanuar Bin Misron telah diadakan pada 18 September 2018 bertempah di Dewan Tun Sri Lanang. Semoga beliau bahagia dan lebih cemerlang di sekolah yang baru. Ikatan silaturrahim antara  beliau dan warga SKB akan terus terjalin erat. Terima kasih kerana menjadi bos yang terbaik selama di SKB.  


 

Majlis Hari Lahir Guru Besar, YGP PIBG & Guru-Guru  

        Majlis hari lahir guru besar, Tn. Hj. Hanuar Bin Misron, YDP PIBG, Pn. Mazuin dan beberapa orang guru telah diadakan bertempat di bilik PPKI pada 6 September 2018. Semoga kalian diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan bahagia hingga ke jannah disamping keluarga tercinta.  


 

Majlis Perasmian Biik JQAF  

         Bilik JQAF SK LKTP Belitong telah dirasmikan oleh Penyelia Pendidikan Islam, PPD Kluang pada 27 Ogos 2018 setelah bilik ini siap dinaiktaraf sebagai bilik bestari sesuai dengan PAK 21. 

      
 

Majlis Persaraan En. Adam  

         Majlis Persaraan En. Adam, jaga sekolah SK LKTP Belitong telah diadakan pada 2 Ogos 2018. Terima kasih kepada En. Adam selama berkhidmat di sekolah ini. Semoga En. Adam diberikan kesihatan yang baik, berbahagia di dunia dan juga di akhirat.  

      

 Program Lawatan Penanda Aras & Perkongsian Ilmu PAK-21 Jawi 

         Program Lawatan Penanda Aras & Perkongsian Ilmu PAK-21 Jawi SK LKTP Belitong ke SK Sultan Sir Ibrahim telah diadakan pada 24 Julai 2018. Terima kasih kepada pihak  SK Sultan Sir Ibrahim kerana sudi bekerjasama sepanjang program ini dijalankan dan ilmu berhaga yang telah dikongsikan.   

      

 

Open Office SK LKTP Belitong 

         Majlis Selamat Hari Raya 'Open Office' SK LKTP Belitong telah diadakan pada 19 Julai 2018. Terima kasih kepada barisan pentadbir dan staf sokongan atas jamuan yang diadakan. Semoga ikatan ukhwah sesama kita menjadi lebih erat.  

       

 

  [2/4]>> Muka 1 4

 

 

 

 

Saturday the 20th. . Joomla 3.0 templates. All rights reserved.