Articles

Print

 

 

Pertandingan Tenpin Bowling  

      Sempena Sambutan Hari Guru & Hari Pekerja 2015,  Kelab Keluarga SKB telah menganjurkan pertandingan Tenpin Bowling pada 8 Mei 2015 bertempat di Ampang Superbowl, Kluang Mall. Semoga pertandingan ini dapat mengukuhkan ikatan silaturrahim diantara guru dan staf serta memupuk semangat kesukanan dikalangan warga SKB. 

  

Bengkel VLE Frog 

      Pada 25 Januari 2015, Bengkel VLE Frog telah diadakan di makmal komputer sekolah. Bengkel ini disampaikan oleh En. Hazanafiq Bin Harun selaku Guru Penyelaras ICT dengan tujuan untuk membantu guru-guru untuk mengakses serta membina dashboard VLE Frog  dengan mudah dan cepat.  

 

Kursus I-think 21st Classroom & PLC 

      Pada 31 Disember 2014, Kursus i-think 21st Classroom & PLC telah diadakan di Dewan Tun Sri Lanang. Bengkel ini disampaikan oleh En. Roslizam Bin Hassan, Pegawai SISC. Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan tentang pengajaran dan pembelajaran abad yang ke-21.  

 

Bengkel HRMIS 

     Pada 30 Disember 2014, Bengkel HRMIS juga telah diadakan untuk memberi pendedahan kepada semua guru dan anggota kumpulan sokongan tentang Sistem HRMIS dan cara-cara untuk melakukan pengemaskinian rekod peribadi. Bengkel ini disampaikan oleh Pn. Siti Shamsiah Binti Sujangi. 
                                                                             

                                                                                                                                                                         

Bengkel Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan 

     Pada 30 Disember 2014, Bengkel Pelan Pembangunan Profesioanalisme Berterusan telah diadakan di Dewan Tun Sri Lanang dan disampaikan oleh Guru Besar sekolah En. Kadam Bin Sukor. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memastikan semua guru lebih memahami tentang pelan tersebut.  

 

  Sarana Ibubapa 

        Pada 30.4.2014 perjumpaan antara guru-guru dan ibubapa telah diadakan di bilik galeri sekolah bagi penyerahan buku sarana ibubapa.  

 

 

Pemantauan Nazir LINUS 

        Seramai 5 orang Nazir telah hadir ke sekolah ini bagi menjalankan pemantauan LINUS bermula 8 pagi sehingga 3 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Pendita Zaaba. Terima kasih atas kerjasama guru-guru yang terlibat bagi membolehkan pemantauan ini dilaksanakan dengan lancar. 

 

 

   

   [4/4]>> Muka  1 2 3

 

 

Saturday the 20th. . Joomla 3.0 templates. All rights reserved.